Quantcast
Channel: MisterLeaf.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 956

Skim MyHome KPKT FAQ

$
0
0

1. Apakah itu Skim MyHome KPKT?

Skim MyHome ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat pada 25 Oktober 2013.

Skim ini merupakan salah satu langkah Kerajaan untuk menggalakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah mampu milik.

Pada tahun 2014, Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM300 juta bagi pembinaan 10,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara.

Skim MyHome KPKT

2. Apakah kriteria-kriteria asas rumah Skim MyHome?

Rumah-rumah yang dibina di bawah Skim MyHome dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

Projek di bawah Skim MyHome perlu disediakan dengan kemudahan-kemudahan asas seperti tempat letak kenderaan, dewan, surau dan taman permainan.

Skim MyHome

3. Syarat-syarat untuk memohon Skim MyHome?

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Pembelian rumah pertama.
  • Permohonan satu (1) unit rumah kepada setiap isi rumah.
  • Pendapatan isi rumah : MyHome 1 : RM3,000 – RM 4,000
  • Pendapatan isi rumah : MyHome 2 : RM4,001 – RM6,000

4. Cara-cara untuk memohon Skim MyHome?

Mendaftar dengan KPKT di laman web : ehome.kpkt.gov.my


Viewing all articles
Browse latest Browse all 956

Trending Articles